Thursday, May 19, 2011

Nora Elena.. menarik aku untuk menontonnye..

Assalamualaikum semua..,

pasti korang tahu taju cerita slot akasia yang terkini iaitu Nora Elena kan.., aku tak tahu kenape tapi aku pon boleh nak tengok cerita ni..,

mungkin atas satu sebab.., sebab haritu aku tertengok episode satu cerita ni.., sebab aku ni suka tengok cerita kalau aku ade tengok episode satu dia je..,


sinopsis:
 Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

ok.., tu sinopsis nye.., kalau korang nak download boleh lah pergi ke dua link ini

kat link yang aku sertakan ni jugak korang boleh download drama2 melayu bersiri yang korang minat..,

kalau korang nak kongsi link2 lain aku pon tak kisah.., silalah nyatakan link2 tersebut di ruangan komen yang disediakan yer..

sekian wassalamualaikum