Friday, December 9, 2011

obses dengan FREEMASON??

assalamualaikum semua.., amacam pagi jumaat anda.., ape pun ucaplah Alhamdulillah..

entri kali ni aku nak citer sikit pasal keobsessan terhadap freemason yang melampau.., freemason ni.., ade yang percaya tujuan mereka adalah untuk mengawal kehidupan manusia  dimana mereka ni merupakan orang suruhan dajjal.., itulah ape yang telah aku taw berdasarkan ape yang aku tengok dengan mata kepala ni sendiri.., tapi kepercayaan setiap orang berbeza.., bergantung pada tahap iman mereka.., macam aku.., no comment..,

bagi mereka yang tak percaya pulak.., mereka memperlekehkan perkara ni.., ade yang mempercayai 100% sampai segala bentuk segitiga dikaitkan dengan freemason..,

sebenarnye segitiga langsung takde kene mengena dengan freemason.., begitu juga dengan piramid.., sebab mercu tanda freemason ialah INCOMPLETE PYRAMID dan ALL SEEING EYE atas piramid tu.., dan kalau korang lukis garisan keliling mata tu baru korang dapat piramid lengkap dan segitiga..,

dan bagi aku freemason ni takdelah bodoh sangat kalau semua simbol mereka..., mereka letakkan merata-rata tempat dan boleh dilihat dengan sekali pandang begitu sahaja.., x logik.., semua pon akan kelihatan kita dikelilingi freemason.., even ade yang taksub sangat dengan freemason ni cakap nasi lemak tu piramid lah.., mangkuk tandas tu all seeing eye la.., seluar dalam dan sebagainye.., scary.., isn't it??

itulah tujuan sebenar mereka.., membuatkan kita takut sampai semua benda kita kaitkan dengan mereka.., bila kita jumpe kedai ade simbol segitiga tu.., kita cakap dia freemason dan kita boikot dia.., sedangkan niat peniaga tu murni nak tampung keluarga dia.., selain itu kita dah dianggap tidak menolong saudara kita yang memerlukan bantuan..,

yup itu tujuan mereka.., selain menakutkan kita dengan bayang2 mereka, mereka juga bertujuan memutuskan ikatan2 yang kuat dalam hubungan islam.., ikatan persaudaraan antara kita..,

bukan aku nak cakap konspirasi ni semua tipu.., lagipun kalau korang orang jahat.., mesti korang sembunyikan perbuatan korang.., macam tu juga dengan freemason ni.., mestilah dorang akan buat semuanya secara tersirat.., simbol2 sebenar berkaitan mereka memang disekeliling kita.., cuma mereka yang mahukan kebenaran sebenar akan terperasan dan mengkaji mereka sehingga ke akar umbinya..,

dan ape yang aku pasti.., kalau mereka yang mengkaji mendedahkan benda tersebut.., ianya akan didedah bersama kajian mereka yang pastunya panjang lebar.., bukan sekadar sekeping gambar bahan dikaji dan satu segitiga yang ade mata dalamnye... sebagai contoh seperti entri di blog beritasemasa (klik)

ini semua sekadar pendapat aku.., khusus mereka yang menyebut freemason sebaik sahaja nampak segitiga begitu sahaja...
dan ingatlah sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja berhak ditakuti dan digeruni..,