Tuesday, January 1, 2013

wishlist 2013

hello new year.. dah 2013 and bumi ni belum kiamat lagi.. maka janganlah percaya ramalan2 ni.. kiamat tu pasti akan berlaku.. cuma bila tu adalah rahsia Allah.. banyak dah tanda2 dia yang muncul kan.. note to self..

so now aku nak tulis apa yang aku nak pada tahun 2013 ni.. hopefully dapat..

2013 wishlist:
- own another analogue camera (le sardina in shopping list)
- nak beli smartwatch (tapi macam x necessary je)
- oh aku kena renew license bulan 3 ni =)
- Dean list
- kahwin??
- tahun ni kene belajar jimat cermat
- majukan bisnes
- tajamkan soft skill
- nak kawal emosi (rasanya stabil dah)
- nak jadi anak soleh
- nak jadi rajin (x nak lagi apa yang terjadi 2 sem ni)
- nak BADAN BESAR (bukan gemuk tapi normal)
- nak kereta (ni mustahil)
- nak tulis novellah (kalau ada idea and masa)
- nak produce movie batch (tgh cari pengarah dan penulis skrip ni)
- ni yang pasti - stop smoke (membazir betul.. bukan sebab perempuan yang pasti)
- be the extraordinary person..

wahh banyak nye wishlist aku.., tapi yang first tu kompom terlaksana lepas aku dapat ptptn nanti.. hehe

Monday, December 31, 2012

goodbye 2012

finally.. sekali lagi melangkah ke tahun baru masihi untuk kali yang ke 20.. tapi yg menyedihkan sekarang ni sekarang ni tengah final exam. so what.., exam je pun kan.. harapannya jangan fail sudah.

so kat entri ni aku nak summarizekan apa yg berlaku dalam aku punya 2012.. kenapa?? biar lah.. blog aku kan..

MY 2012:
- officially degree student (Bach of math science - IIUM)
- baru masuk uia berapa minggu dapat jadi komiti program
- then dapat jadi Program Manager Kembara Felda
- ini tahun paling banyak cuti (belajar masa Feb-June n Sept-Dec.. 3 bulan setengah cuti)
- start belajar motion grafik (AE)
- jumpa kawan2 yang awesome (even sometimes menyakitkan hati)
- baru nak berjinak-jinak dengan futsal (noob gila kan)
- pernah sekali main futsal dgn kengkawan PG aku skor 5 malam tu.. bangga siot
- first time dapat kasut futsal dari bapak aku (price 150 klw x silap.. x pernah weh aku dapat)
- officially dapat lesen kereta.. (2 kali test jpj)
- tahun paling banyak main boling
- first time masuk tournament (boling n futsal)
- first time jadi keeper futsal (ini rare sebab aku paling takut bola)
- debut futsal pun jadi keeper (bolos 4 dalam 2 match)
- sekali lagi tukar phone
- abang ngah aku kahwin (dia nikah aku tak dapat ikut sebab tgh exam time tu)
- sehari lepas abg aku bersanding kat PG tu merupakan harijadi aku..
- kene REJECT.. literally

ni je kot..., haha.., selamat menyambut tahun baru

next entry: 2013 wishlist =)

Thursday, December 27, 2012

In the End of Second Semester

hell yeah.., pejam celik pejam celik dah nak berakhir dah tahun 2012 ni rupanya. selang beberapa hari jelagi 2013 pula bakal menjelma. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

ini bermakna sesi persekolahan baru juga akan berlangsung. maka habislah cuti mereka selama sebulan setengah sejak november lepas. adik aku pula bakal berhadapan dengan peperiksaan awam kedua-nya (PMR). kesian dia, yelah kalau dia lahir lambat setahun mesti takyah jawab PMR. kan??

aku pula?? bakal menghabiskan semester kedua aku dalam ijazah sains matematik di UIA Kuantan ni. ini bermakna aku akan tamat tahun pertama secara rasminya. yeayy.. tapi tak lah seronok mana.. yelah.. makin lama makin susah lah subjek2 yang bakal aku ambil kan??

ok cukup2 lah menceceh tu.. sekarang ni aku sedang berada dalam tempoh "study week" dimana selama seminggu takkan ada kelas rasmi selain kelas ganti atau tutor yang pensyarah nak buat.. tapi seminggu ni kena lah perah kepala otak, merajinkan diri serta buat persiapan mental untuk menduduki peperiksaan akhir semester. bagi budak sekolah seminggu tu cukup lama. tapi bagi seorang pelajar universiti macam aku, aku tak rasa cukup, bukan sebab subjek yang melampau banyak, tapi sebab banyak sangat masa yang akan dihabiskan dengan kemalasan. for sure tak semua student universiti macam tu. yelah kan ada yang nerd, yang skema, yang selalu dengan buku jer hidupnye.., bapak bosan life dia.. haha.. tapi for sure masa depan dia lebih cerah berbanding dengan orang yang malas macam aku.. ye ke?? entah lah.. rezeki di tangan Tuhan kan..

exam pertama aku betul2 hujung tahun ni which is 31 december 2012.., baik je tarikh an.., dan exam aku akan habis secara rasminya pada 8 januari 2013. lama gak aku jawab exam. sampai tahun pun dah bertukar. 

banyak aku nak cerita pasal 2012 ni.. maklumlah aku kan dah sangat2 lama tak update blog untuk orang baca.. aku pun harap tak akan ada orang baca.. baik tak payah buat blog kan.. bodoh betul.

tapi kalau masih ada lagi saki baki yang baca blog aku yang tak berapa menarik ni.. nantikanlah entry seterusnya : 2012 - year when I turn 20..

-the end-