Thursday, December 27, 2012

In the End of Second Semester

hell yeah.., pejam celik pejam celik dah nak berakhir dah tahun 2012 ni rupanya. selang beberapa hari jelagi 2013 pula bakal menjelma. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

ini bermakna sesi persekolahan baru juga akan berlangsung. maka habislah cuti mereka selama sebulan setengah sejak november lepas. adik aku pula bakal berhadapan dengan peperiksaan awam kedua-nya (PMR). kesian dia, yelah kalau dia lahir lambat setahun mesti takyah jawab PMR. kan??

aku pula?? bakal menghabiskan semester kedua aku dalam ijazah sains matematik di UIA Kuantan ni. ini bermakna aku akan tamat tahun pertama secara rasminya. yeayy.. tapi tak lah seronok mana.. yelah.. makin lama makin susah lah subjek2 yang bakal aku ambil kan??

ok cukup2 lah menceceh tu.. sekarang ni aku sedang berada dalam tempoh "study week" dimana selama seminggu takkan ada kelas rasmi selain kelas ganti atau tutor yang pensyarah nak buat.. tapi seminggu ni kena lah perah kepala otak, merajinkan diri serta buat persiapan mental untuk menduduki peperiksaan akhir semester. bagi budak sekolah seminggu tu cukup lama. tapi bagi seorang pelajar universiti macam aku, aku tak rasa cukup, bukan sebab subjek yang melampau banyak, tapi sebab banyak sangat masa yang akan dihabiskan dengan kemalasan. for sure tak semua student universiti macam tu. yelah kan ada yang nerd, yang skema, yang selalu dengan buku jer hidupnye.., bapak bosan life dia.. haha.. tapi for sure masa depan dia lebih cerah berbanding dengan orang yang malas macam aku.. ye ke?? entah lah.. rezeki di tangan Tuhan kan..

exam pertama aku betul2 hujung tahun ni which is 31 december 2012.., baik je tarikh an.., dan exam aku akan habis secara rasminya pada 8 januari 2013. lama gak aku jawab exam. sampai tahun pun dah bertukar. 

banyak aku nak cerita pasal 2012 ni.. maklumlah aku kan dah sangat2 lama tak update blog untuk orang baca.. aku pun harap tak akan ada orang baca.. baik tak payah buat blog kan.. bodoh betul.

tapi kalau masih ada lagi saki baki yang baca blog aku yang tak berapa menarik ni.. nantikanlah entry seterusnya : 2012 - year when I turn 20..

-the end-