Monday, November 22, 2010

cuti ku di kampung bersame novel.....

Masa hari raya haji yang pertama hari tu.., saya dan keluarga telah jalan2 di plaza angsana yang terlatak di johor bahru.., so saya telah decide tuk beli dua buah novel yang agak menarik minat saya untuk membacanye.., ape yang pasti ianya bukan novel jiwang.., tetapi novel sains fiksyen yang saya sangat minati..,

Dalam mase dua hari saya telah Berjaya menghabiskan sebuah buku yang bertajuk Pengembaraan Hang Jebat: pencarian merentas zaman.., novel ini merupakan karya ashadi zain dan moh dat molok yang telah diterbitkan oleh pihak PTS..,

Ini merupakan kali ke 5 saya membaca karya ashadi zain.., 4 sebelum ini merupakan siri budak psikik yang rasenye ad 5 buku tapi saya sempat baca 4 buah saja.., yang kelima masih lagi dalam pencarian..,



So far, novel pengembaraan hang jebat nih memang seronok dibaca bagi sesiapa yang meminati novel genre sains fiksyen, fantasi dan pengembaraan.

Novel ini mengisahkan Hang jebat (salah seorang daripada pahlawan 5 saudara) telah menerima arahan daripada gurunya, sang persata nala untuk berguru dengan seorang yang hebat digelar pangeran janaka gusti.., akan tetapi guru yang dicarinya tidak berada di zamannya.., oleh itu Jebat terpakse merentas zaman untuk mencari orang tersebut..,  dalam pengembaraannya jebat telah ditemani dengan XVII PANDORA ataupun puteri laila yang hanya boleh dilihat jebat dan berupaya untuk mengubah struktur tubuhnya....,

Zaman pertama yang di singgah Jebat dan laila ialah zaman dimana tok janggut sedang mempertahankan Kelantan daripada british.., bermakna jebat telah pergi ke masa hadapan.., jebat telah berjuang bersama2  tok janggut  dan pengikutnya.., setelah selesai di zaman itu.., Jebat telah di bawa ke zaman di mana Melaka masih belum wujud.., pada zaman tersebut pula sedang berlakunya perang salib / perang hittin.., kali ini jebat perlu membantu sultan salahuddin al ayubi untuk membebaskan baitul maqdis tanpa mengubah sejarahnya..,

Akan tetapi novel ini hanya sampai berakhirnya perang salib.., tetapi pencarian jebat masih belrum berakhir selagi dia tidak berjumpa dengan Pangeran Janaka Gusti.., mungkin akan ada sambungannya pada masa akan dating.., sekian novel ini memang berbaloi untuk dibace oleh pelbagai lapisan masyarakat sesuai dengan misi Negara dalam menggalakkan amalan membaca di dalam diri rakyat..,