Monday, November 22, 2010

syok....

Pada 20 november lalu saya sempat menghabiskan sebuah lagi karya ashadi zain dan moh dat molok yang telah saya beli semasa raya haji pertama.., buku ini telah menarik saya berdasarkan tajuknya sendiri iaitu “Perang Dunia ke-3”..,

Pasti semua tertanya-tanya betul ke buku ni pasal perang dunia ketiga yang masih belum berlaku.., buku ni latar masa dia pada mase depan ke??

Sebenarnya buukan pasal tu.., tetapi buku ni pasal pencetus kepada perang dunia ke tiga yang bakal terjadi atau pun tidak saya sendiri tak tahu.., latar tempat cerita ni kat Iran..,

Cerita ini mengisahkan sekumpulan siswazah dari university tempatan (iran) yang gigih mempertahankan Negara mereka.., pasti semua orang tahu kan yang iran sedang membangunkan nuclear tetapi atas kegunaan awam dan telah disalah tafsir kerana pemimpin dunia beranggapan bahawa iran mahu mencipta senjata nuclear..,

Ahmadenijad tetap mempertahankan program tersebut walaupun dibantah.., amerika tidak berpuas hati dan mahu membinasakan rancangan tersebut..,

Kumpulan siswazah tersebut membuat demonstrasi di bagunan kedutaan amerika di iran yang telah kosong apabila mengetahui presiden agensi tenaga atom antarabangsa akan memantau ketiga-tiga reactor yang terdapat di iran...,

Kemudian atas kerjasama Israel.., amerika merancang hendak memusnahkan ketiga-tiga reactor tersebut dengan menghantar komando2 israel..., akan tetapi rancangan mereka telah dihidu dan komando2 tersebut Berjaya ditawan oleh kumpulan pelajar tersebut dengan kerjasama hamas dan hizbullah..,

Novel ini memang sangat best.., terdapat kata2 dari pemimpin iran yang boleh dijadikan teladan.., semangat cintakan tanah air yang kuat patut dicontohi muda-mudi Negara kita..,

Tetapi cerita ini berakhir dengan kesedihan.., nak tahu ape yang sedih tu??
Anda semua perlulah bongkar sendiri.., sekian sahaje untuk entri ulasan kali ini....,