Wednesday, December 29, 2010

Malaysia : juara AFF Suzuki Cup 2010


assalamualaikum semua..,

nampaknye aku lambat lagi =P

maklumlah baru balik dari kedai mamak tgk bola ngan member2..,

sekalung tahniah buat harimau malaya kite kerana berjaya memperoleh piala suzuki dari gengaman garuda walaupun kalah 2-1 tadi.., betullah tadi ade terbace keratan akhbar indon sebelum match.., tajuk dy "indonesia menang, malaysia juara"..,keputusan akhir ialah malaysia 4-2indonesia
malaysia boleh
sumber BHon9

sekali lagi safee sali telah menjadi harimau yang garang apabila berjaye membolosi gawang garuda.., tapi pade minit akhir tadi garuda peroleh gol melalui harimau malaya ( own goal lah maknenye).., dengan 5 jaringan, safee sali telah mendapat anugerah kasut emas.., tak sangka kan.., hebat gak safee sali nih sebenarnye..,

tgklah.., walaupun latihan sebelum perlawanan di indonesia selalu di ganggu oleh penyokong indon.., pemain kita tetap gagah.., nak tunjuk kat sini.., mentaliti pemain kita sangat hebat sebab berjaya fokus terhadap matlamat walaupun banyak gangguan.., tahniah sekali lagi..,

kite juga mempunyai penjage gol yang hebat sape lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat kerana berjaya menghalang hasil cubaan pemain indon sape tah aku pon tak ngat semasa sepakan penalti.., aku salute gile kat gk kite nih.., ye lah banyak cubaan merbahaya yang berjaya dihalangnye.., aku pon tak leyh wat sebab aku nih kaki bangku je sebenarnye.., hahaha

ape pon aku pon dah tak taw nak bebel per lagi dah.., so tahniah malaysia untuk kali yang ketiga dari aku kerana berjaya menjulang piala suzuki tahun 2010.., satu sejarah yang mesti ditulis untuk coretan 2010..,

semoga bola sepak negara makin berkembang dan mempunyai lebih banyak sokongan dari sekarang nih.., InsyaAllah.. =)