Thursday, December 30, 2010

arsenal seri, chelsea menang, liverpool tewas......

sedikit mengecewakan apabila Arsenal terikat 2-2 dengan wigan pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi.., pada mase yang same pulak chelsea memperoleh kemenangan mutlak 1-0 ke atas bolton manakale Liverpool terpakse menerima kekalahan 1-0 terhadap wolves...,

memandangkan aku hanye tengok arsenal punye match.., so aku nak review sikit lah untuk match yang berlangsung di wigan nih..,


Wigan Athletic

2 - 2

Arsenal



dalam match ni arsene wenger tidak menurunkan fabregas, walcott, dan nasri sebagai kesebelasan utamanye.., jack wilshere masuk sekitar minit ke 20 lebih menggantikan diaby.., sekitar minit ke 80 pula nasri masuk menggantikan arshavin dan walcott masuk menggantikan wilshere..,

gol pertame perlawanan milik wigan yang diraih dari sepakan penalti sekitar minit ke 17..,  namun sekitar minit ke 40 arsenal menyamakan kedudukan hasil gol yang hebat dari andrey arshavin.., kemudian pada minit ke 44 arsenal menambah satu lagi gol yang dijaringkan nicklas bendtner.., permainan semakin rancak pada separuh mase kedua.., namun atas kesilapan yang tidak disengajakan, wigan berjaya menambah satu jaringan apabila sebastian squillaci (arsenal) menanduk bola ke gawang sendiri..,

dalam match ni, pemain wigan iaitu n'zogbia telah dilayangkan kad merah kerana bergaduh dengan wilshere (menanduk muka wilshere)..,  namun arsenal terlepas satu peluang kerana tidak dianugerahkan sepakan penalti apabila bola sepakan percuma samir nasri dihalang dengan menggunakan tangan oleh kapten pasukan wigan..,

chelsea pula berjaya menewaskan bolton di tempat sendiri hasil jaringan floraent molouda

Chelsea

1 - 0

Bolton Wanderers



manakale liverpool tewas kepada wolves hasil jaringan stephen ward


Liverpool

0 - 1

Wolves