Thursday, January 20, 2011

SMAC : PRESSS ke-3 untuk bola sepak

assalamualaikum semua blogger yang menjenguk blog aku nih.., aku doakan korang semua sihat walafiat yer..,

hari nih aku update blog aku dengan kejadian yang baru berlaku kat cfs nih.., p yang penting bukan kejadian buruk atau ape sahaja..,

untuk makluman korang semua sepanjang minggu nih merupakan minggu SMAC.., ape tu?? SMAC tu merupakan short form kepada sports and martial arts carnival.., sepanjang minggu nih pelbagai aktiviti sukan dipertandingkan diantara academic based society di asasi uia samada nilai ataupun pj..,

p aku nak cerita pasal bola yang melibatkan presss.., presss tu pulak merupakan short form kepada society aku iaitu pre-sciences students societies.., tapi aku tak join pape pon sebab tak layak.., aku nak citer perjalanan dorang sepanjang perlawanan bola sepak.., sebab tu jer yang aku tgk.., bukan sebab favourite sport aku tapi kolej @ mahallah aku dekat dengan padang.., hihi..

presss pada awalnye sekumpulan dengan MEDCY (dak2 medik, farmasi, dan sewaktu dgnnye), HS (human science) dan IRKHS (islamic reveal knowledge).., dalam kumpulan nih presss telah berjaye menjadi naib juara kumpulan setelah seri ngan medcy.., menang ngan HS serta kalah ngn IRK.., point sama ngn medcy tapi atas perbezaan gol presss berjaye melayakkan diri untuk masuk ke peringkat seterusnye..,

dalam peringkat seterusnye presss telah sekumpulan ngan engenius (engineering nye student) dan ECONS (economic student).., walaupun dibelasah teruk sebanyak 4 -0 dengan engenius.., presss berjaya untuk ke penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung kul 9 tadi setelah berjaye menewaskan econs..,

dalam perlawanan yang baru berlangsung kul 9 tadi (penentuan tempat ketiga dan keempat) presss telah menang 1-0 dengam MALEX (dak2 law).., gol yang dihasilkan merupakan gol yang sangat tak disangka oleh para penonton termasuklah aku..,

sekian dari aku.., majulah sukan untuk negara.., wassalamualaikum..,