assalamualaikum.., sape ade bace berita harian pagi nih.., mesti perasan gambar kat depan tuh.., yang orang kutip duit syiling tu.., aku belum bace paper lagih.., tapi aku dapat update dari bhonline kat fb
"REZEKI TERPIJAK! Itulah yang diibaratkan segelintir pengguna Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan apabila menemui ribuan wang syiling yang dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di KM 244 dekat Rembau, Negeri Sembilan, semalam selepas kenderaan membawa wang berkenaan terbalik akibat kemalangan. Orang ramai yang melalui laluan terbabit terutama penunggang serta pembonceng motosikal sanggup membahayakan diri untuk mengutip wang berkenaan di tengah-tengah kesibukan lalu lintas sebelum polis tiba. "..
nilah ape yang update tu tulis.., REZEKI TERPIJAK.., siap di highlightkan.., ape yang diorang dapat.., silap2 tak lebih pon 30 hinggit..., duit syiling tu kan susah nak kutip.., kalau dah kene langgar kat tengah highway nanti.., bukan rezeki terpijak lagi.., tapi NYAWA MELAYANG..,
adekah nyawe kita tak berharga.., adekah nilai duit syiling yang dikutip tu lebih tinggi dari nyawe kita?? lagi satu.., kan duit tuh dari kenderaan yang terbabas tu.., so dah kire bahan bukti lah tu.., polis perlu taw gak mane die dapat duit syiling berjumlah RM74,000.., banyak tu.., then terbabas..,
haih.., pe lah nak jadi.., agak2 kalau ade beg yang berisi duit kat dalam pelukan harimau atau singa mase haiwan tuh tengah tidor pon.., golongan2 sanggup menggadaikan nyawa demi duit tu.., kalau nyawa tergadai nanti berbaloi ker kita mati semate-mate kerana wang??????? fikir2kanlah
wallahu'alam.., wassalamualaikum..,