Assalamualaikum semua..,
sebelum aku meneruskan bicara aku nak mengucapkan sekalung dan beribu-ribu tahniah kepada salah seorang sahabat blogger kita semua yang merupakan teman seperjuangan lain kos dengan aku di cfsiium.., sape orang tue?? beliau yang dimaksudkan ialah tok esah lah sape lagi.., sebab dia dah nak berpindah ke domain yang baru.., maju dah tok esah nie..,
sebenarnye aku nak berkongsi satu cerita yang telah diceritakan kepada aku oleh salah seorang senior aku semasa aku menjalani basic facilitating skills camp di morib beberapa hari lepas..,
begini ceritanye>>
ade seorang muslim nie.., name die biarlah aku letak si polan jer.., si polan ni telah murtad apabila dia memeluk agama kristian.., sebab die murtad aku pon tak tahulah.., dia selalu ke gereja sehingga dia menjadi salah seorang paderi di gereja tersebut.., gereja mana.., wallahu'alam.., aku pon tak tahu..,
suatu hari dia menerima satu arahan kot.., bunyinya macam ni.., "kau bebas berada di mana-mana di dalam gereja ini.., tapi ingat.., jangan sesekali kau masuk ke bilik di belakang tu" kata seorang paderi kepada si polan tersebut. lalu dia pon pergi jer kemana-mana kecuali bilik yang dimaksudkan paderi tadi..,
hingga satu masa si polan ni mendapat hidayah sekali lagi daripada Allah SWT.., die dapat melihat keadaan di bilik itu secara tak sengaja.., kerana dia nampak pitu bilik tersebut tidak ditutup dengan rapat.., pada asalnye die mahu menutup pintu itu.., tetapi dengan perasaan ingin tahu.., si polan pon menghendap ke dalam bilik tersebut...,
ape yang dilihatnya ialah seorang paderi yang telah nazak dibaringkan dan dikelilingi oleh paderi2 besar yang lain.., dan salah seorang dari tersebut berada di kepala paderi yang sedang nazak tu sambil berkata sesuatu..,
dan ape yang dikatakan ialah >>> HANYA ISLAM AGAMA YANG BENAR..,
si polan tu sangat terkejut mendegar ape yang didengarnye.., lalu melarikan diri ke negeri yang lain.., kalau tak silap utara kot..,
kisah ini berlaku di Malaysia.., dan ape yang aku tulis nie merupakan apa yang aku dengar dari mulut seorang senior.., dan aku cuba untuk menyampaikan kepada saudara-saudara aku iaitu korang yang sedang membaca ni..,
sekian saja dari aku.., segala yang baik datang dari Allah.., dan yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi ditunjukkan melalui kelemahan diri aku..,
sekian wassalamualaikum