assalamualaikum dan selamat tgahhari semua.., pagi nih aku bangun dengan rase kepeningan dan terpaksa melannjutkan tidor aku hingga ke tengahhari.., nasib bek kelas petang hari ni.., kalau tak mesti banyak yang tertinggal..,
ok hari nih aku nak jadi doktor pulak.., nak citer sikit psal isu BMI dan obesiti di kalangan murid..,
seperti yang kita dah sedia maklum yang BMI setiap pelajar akan direkodkan kedalam buku laporan pelajar.., mungkin mase mak ayah datang amek result diorang mase hari terbuka nanti BMI murid akan ditunjuk kepada mereka selain daripada keputusan peperiksaan mereka..,
tapi aku rase benda macam ni tak patut di laksanakan.., bukankah parents lebih bertanggungjawab untuk mengawal pemakanan anak mereka kearah yang lebih sihat.., kalau benda ni dilaksanakan aku pasti bahawa ibu bapa seperti melepaskan tanggungjawab mereka kepada guru-guru..,
apabila melihat BMI anak mereka kelak.., sekolah akan dipersalahkan dengan menjual makanan yang tak elok.., kenapa bagi anak duit belanja kalau kata sekolah tak jual makanan yang elok.., lagipon para pelajar hanya makan pada waktu rehat di sekolah.., berbanding dirumah, mereka bebas untuk makan pada bila-bila masa dan makan apa jua yang mereka rasa sedap..,
lagipun, kan ibu bapa juga yang selalu melayan kerenah anak-anak untuk makan fast food seperti McD, pizza dan seangkatan dengannya.., aku pasti bab tu cikgu tak pernah terlibat..,
ini semua pada pendapat aku lah.., aku tak pasti lak pendapat korang semua macam mana.., sekian saja dari aku..,
wassalamualaikum..,