Sunday, April 17, 2011

Fifa Manager 11: seakan-akan manager betul

assalamualaikum semua.., kali ni aku nak cerita pasal game yang baru aku berkesempatan untuk bermain.., kebanyakan fanatik-fanatik bola ni suka sangat mengutuk manager dan permain beraksi tak cemerlang.., ape kata kepada sesiapa yang berfikiran sebegitu cuba main game ni..,

ikhsan google
kalau main pes ngan fifa biasa tu memang la kita boleh selalu menang sebab kita kawal permainnye.., tapi game fifa manager ni kita arahkan permain untuk bermain seperti yang kita mahukan.., sebelum ni aku main championship manager ngan football manager jer.., tapi fifa manager lebih realistik berbanding dua game manager yang aku sebut ni..,

sebagai manager dalam fifa manager kita perlu berfikir untuk menggunakan taktik dan formasi yang betul.., kita juga perlu memahami cara permain bermain untuk mendapatkan kemenangan.., setiap bermain ada kebolehan dan kelemahan dalam bermain dalam setiap formasi dan posisi.., perlu diambil kira juga tahap kecergasan dan tenaga setiap permain yang bakal kita turunkan.., kalau tak pasti mereka akan bermain dengan tidak sempurna.., manager dalam game ni juga dikehendaki mendapatkan kepercayaan setiap permain bagi meningkatkan moral mereka.,
dari google
masalah kewangan juga akan dihadapi ketika mahu membeli setiap permain yang kita idamkan.., anda juga boleh dipecat sebagai manager jika tidak memuaskan kehendak pihak atasan.., seperti manager sebenar.., anda juga boleh menerima tawaran untuk menguruskan klub lain yang menawarkan perkhidmatan anda.., selain itu anda juga boleh mendapat tawaran untuk menguruskan pasukan negara..,

setakat ni tu jer yang aku rasa masa main game ni.., ape kata korang cuba yer.., lepas tu baru lah fikir berhak ke kita mengutuk permain atau manager dalam dunia sebenar ni..,

sekian saja coretan aku..,