Tuesday, April 12, 2011

Ipad 2 menghampiri malaysia!!!!!!

assalamualaikum semua..,

Sebelum ni kita hanya mendengar khabar angin mengenai Ipad 2.., tapi sekarang nie ianya hampir menjadi realiti.., 

Ipad 2 telah muncul di pasaran luar negara bulan lalu dan sekarang hanya menunggu masa untuk muncul di pasaran Malaysia.., ia semestinye dinantikan peminat tablet dan juga mereka yang inginkan ipad versi putih

Beberapa perubahan telah dilakukan dengan reka bentuk yang nipis dan lebih ringan dibandingkan dengan ipad sebelum ni..,

Ipad 2 juga menampilkan processor A5 1ghz terbaru yang menawarkan processor duo core dengan kelajuan 2 kali ganda berbanding generasi sebelum ini..,
Perbezaan akan dirasai ketika melayari internet, tengok movie, panggilan video FaceTime, gaming atau ketika menukar applikasi yng sedang dijalankan. Multitasking yang ditawarkan juga boleh dikatakan begitu mengagumkan., grafik dan games nye juga tak kurang hebatnye..,

Penggunaan tenaga rendah dalam ipad sebelum ini masih lagi dikekalkan dan dikatakan bateri ipad kali ini mampu bertahan sehingga 10 jam.., GPU nye juga telah diupgrade dan dikatakan 9 kali lebih laju berbanding sebelum ini..,

Terdapat dua kamera hadapan dan belakang untuk fungsi FaceTime dan video recording HD serta pilihan sambungan rangkaian samada WiFi atau 3G..,

sekian jer yang aku tahu..,
ok la semua.., nak ke kelas ni

wassalamualaikum.,