assalamualaikum semua..,
dalam entri kali ini aku nak cerita dan berkongsi sedikit tazkirah yang telah aku dengar beberapa hari lepas..,
begini kisahnye:
ada seorang perempuan.., dia ni bukan sahaja cantik diluar tetapi juga cantik didalam.., amalan2 wajib tak pernah ditinggalkan kecuali dengan alasan yang paling kukuh ditambah lagi dengan amalan2 sampingannya.., apa yang penting sebelum dia melakukan sesuatu dia akan mulakan dengan kalimah suci "BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM" subhanallah.., beruntung dapat isteri sebegini..,
tetapi memang telah ditakdirkan dia bersuamikan seseorang yang bertentangan dengannya.., suaminya tidak suka akan amalan-amalan alimnya.., dan paling tak suka dengan kalimah bismillah yang sering diucapnya sebelum melakukan sesuatu.., sehingga suaminya mahu perempuan itu berhenti melakukan amalannya itu..,
suatu hari suaminya dapat idea bagaimana mahu menghentikan tabiat perempuan tersebut.., diberinya sejumlah wang yang besar dalam sebuah beg sambil berkata "aku mahu kau simpan duit ini.., simpan sahaja jangan kau sentuhnya.., jikalau wang itu berkurang walau sesen pun.., terima akibatnya".., akibat yang difikirkan suaminya ialah dia mahu isterinya itu berhenti melakukan tabiatnye itu..,
apabila si isteri kembali melakukan kerja2 rumah.., si suami sibuk mencari peluang.., bila dia mendapat peluang dimana isterinya tidak dapat melihatnya.., dia pon mengambil beg tersebut dan mencampakkan beg tersebut kedalam perigi di belakang rumah..,
suatu hari si suami mahu kembali duitnya itu.., di dalam hatinya dia bergembira kerana marasakan dia telah berjaya.., apabila si isteri mahu membuka tempat simpanan beg itu.., diucapnye kalimah bismillah terlebih dahulu.., dengan izin Allah.., satu malaikat telah meletakkan kembali beg itu di tempat asalnye sebelum perempuan itu membuka simpanan tersebut dan memberi beg itu kepada suaminya..., alangkah terkejut nye si suami melihat beg itu..., sama keadaannya seperti dahulu..,
si suami pon bertaubat..,
konklusinya.., InsyaAllah dengan amalan-amalan yang ikhlas kita lakukan kerana Allah akan dilindungi Allah dari segala kejahatan.., dan kepada mereka yang mengenakan golongan ini pasti menerima padahnya..,
sekian dari aku..,
wassalamualaikum..,=)