Sunday, June 12, 2011

berbaloi???

assalamualaikum semua..,

awat entry aku ade sampai 3 question mark.., ape kes dengan word berbaloi ni ek??

seperti yang kita taw.., semalam merupakan final FA kat bukit jalil an.., so ade lah jugak member2 cfs aku yang gi.., bukan aku x nak pergi.., tapi aku fikir aku tak patut lagi nak pergi buat masa sekarang nih..,

dengan kemenangan terengganu semalam kengkawan aku kata berbaloi menghabiskan duit mereka sebanyak 100 ringgit.., lebih kot.., tapi kesan jangka masa panjangnye TAK ADA.., setakat kegembiraan yang diraikan sebagai penyokong..., kita celebrate kejayaan mereka.., tapi mereka meraih kejayaan.., kita BILA LAGI..,

bukankah kita boleh tengok di TV sahaja.., bukan nak kata aku jealous.., tapi sebagai STUDENT YANG BARU SETAHUN JAGUNG DI ALAM PENGAJIAN TINGGI.., perlukah kita habiskan sebanyak seratus untuk ke stadium.., aku tak kisah kalau korang memang mampu.., tapi satu soalan aku tanya kat diorang beberapa hari sebelum membelanjakan dana yang besar untuk seorang pelajar..,

"korang dah beli buku2 untuk sem nih??" ni lah soalan aku tanya..,


berikut jawapan yang diberi..,

"mahal sangat lah buku2 tuh.., math dengan kimia dah 100.., buku arab 30 hinggit..,"

bukan ke 100 tu sama nilai dan angkanya dengan ape yang korang habiskan utk menyorak pasukan korang.., ni untuk masa depan korang.., ade kesan jangka masa korang.., tak ke korang bersemangat pakai buku yang baru dibandingkan buku2 secondhand yang telah penuh dengan contengan2 yang korang tak faham??

tapi nak buat macam mana kan.., dah lumrah diorang.., memang aku pon terniat nak gi stadium bukit jalil bulan 7 nih nak tgk arsenal lawan malaysia.., tapi bila difikirkan balik.., x pergi pon x per.., ape guna kalau sanggup ke sana tapi tak larat nak beribadah beramai-ramai di masjid atau sering lewat ke kelas di awal pagi..,

sekali lagi sebelum aku mengakhiri entri pagi aku nih.., aku x berniat nak menyatakan yang aku tak puas hati atau jealous dengan korang.., tu duit korang and masa depan korang pon bergantung pada duit yang korang ade sekarang nih.., aku pon berniat nak menjejakkan kaki ke stadium.., tapi bukan ketika aku berada di alam pengajian tinggi nih..,

sekian saja.., maaf kalau ade yang terguris =)