Monday, March 19, 2012

LALAI

Assalamualaikum semua.., hari ni aku nak cerita sikit pasal lalai ni.., bukan nak cerita apa pun.., cuma sedikit pengalaman untuk dijadikan pengajaran...

 

aku ni boleh dikatakan seorang yang pelupa @ lalai jugak la.., tapi aku rasa semua orang pon sama je kot.., manusia tak sempurna..,

kelalaian terbaru aku berlaku pada hari semalam (ahad = 18 march 2012).., di mana aku gi ke berjaya megamall time senaja untuk menyantap mcD.., selepas makan puas2 kitorang gerak balik.., mula2 tersalah motor.., tu yang kelakar tu.., terlupa parking kat mana.., bila dah jumpa motor.., aku pun meraba-raba poket mencari kunci.., and guess what.., kunci tak ada kat dalam poket.., mula2 aku ingat tercicir time makan mcD.., aku pun masuk balik kat dalam and tanye crew mcD tu.., tapi hampa.., aku pon kembali pada motor.., aku ingatkan termasuk kat dalam container bawah seat tu.., sebab dulu aku pernah tertinggal kunci dalam tu masa nak sangkut helmet.., pi tak de gak..

tiba2 member aku sorang ni perasan ade something kat helmet dia dan terjumpa kunci motor.., ok aku nak cakap.., bukan aku yang letak kunci kat dalam helmet tu.., dan aku pasti.., aku lupa nak keluarkan kunci motor bila aku tutup seat lepas member aku sangkut helmet dia..,

nasib aku memang baik sebab orang yang jumpa kunci aku kat seat tu letak dalam helmet.., kalau orang yang berhati busuk jahat mat rempit dan segala bagai.., alamatnye ke balai polis la aku petang semalam nak buat report motor hilang..,

aku harap benda macam tu takkan berulang lagi.., even lagi sekali.., cukuplah 2 kali je.., sebab sebelum ni pernah jugak tertinggal kunci motor....