Sunday, July 8, 2012

The Amazing Spiderman - so amazing





     

hello readers (kalau ade).., hari ni, setelah sekian lama, aku mahu letak entry di blog aku yang dah macam apa ni..,


5 julai yang lepas seluruh panggung wayang di malaysia telah datangnya satu cerita yang dinanti-nanti oleh peminat adiwira di malaysia ini.., korang pun mesti tahu cerita apa kan.., so tak payah nak cerita panjang2 lagi..,






kat entry ni aku nak ulas pendapat aku sendiri tentang movie ini..


a) The Amazing Spiderman - its a new start
untuk pengetahuan korang semua.., ini adalah permulaan baru untuk cerita spiderman.., bukan sambungan untuk spiderman yang dibawah arahan sam raimi lagi.., so kalau korang nak tengok cerita ni.., pastikan.., yang korang clear dari cerita spiderman lama tu.., kalau tak korang akan berasa hairan.., kenapa dia kat sekolah lagi kan?? dan adakah mary jan ditukarkan ke gwen stacy??


b) Gwen Stacy the heroine
kalau korang sangkakan yang emma stone akan jadi mary jane maka korang dah salah.., sebenarnya dia mainkan watak gwen stacy yang merupakan rakan sekolah yang sama genius dengan peter parker.., peter parker juga mempunyai hati kepadanya.., oh ye.. kalau korang rasa yang Marc Webb ni salah cerita maka korang sekali lagi telah salah


c) follow the comic
ada 2 perbezaan yang orang takkan suka dengan cerita ni kalau dibandingkan dengan spiderman arahan sam raimi.., yang pertama Mary Jane digantikan dengan Gwen Stacy.., yang kedua spider web yang ada pada spiderman bukan datang sebagai kuasa dia.., yup itulah perbezaannya.., tapi inilah dia yang sebenarnya.., peter memang berkenalan dengan gwen semasa di sekolahnya dan labah2 tu tidak anugerahkan dia spider web..,


d) self invented spider-web
yup seperti yang telah disebut.., labah2 hanya memberi semua kemampuannye kecuali spiderweb kepada peter untuk dia jadi adiwira.., jadi spider-web dicipta dan ini menunjukkan yang peter memang budak yang genius.., so jangan marah marc webb ye kawan2.., kalau ikut sejarah dari komik the amazing spiderman sendiri sarang labah2 takkan keluar dari tangannya.., tak percaya?? tak kisah pun..,


e) the new beginning of new trilogy
kalau korang nak tahu the amazing spiderman adalah yang pertama dalam trilogi nya..., bermakna 2 movie lagi akan ditayangkan.., dan semestinya kedua movie itu akan berkait dari yang satu hingga yang ketiga.., dan dalam cerita kali ini.., dikatakan yang misinya adalah untuk mengetahui rahsia yang bapak dia rahsiakan dan mungkin juga dia mencari bapa nye yg sekarang ni kita tak pasti hidup atau tidak.., walaupun dalam plot movie ni ada menunjukkan yang mak ayah dia mati dalam nahas kapal terbang..,


f) kepada yang tak tengok lagi
first.., kosongkan otak korang dari spiderman lama tu.., tu kisah tobey mcguire dan arahan orang lain.. sekarang dah lain.., dah REBOOT.., jadi jangan comparekan.., biasalah lain orang lain versi.., aku pun ada versi spiderman sendiri.., tapi takkan diterbitkan sebab nanti ada pulak saman sebab plagiarism pulak..,
second.., yang ni penting.., jangan keluar selagi lampu wayang tak dibuka.., haha


sekian saja dari aku.., selamat menonton