Sunday, January 9, 2011

kebaikan susu dan cara mengekalkannya..

assalamualaikum semua.., dah lama gak aku tak update blog an.., busy keterlaluan lah sejak akhir2 nih..,
hari nih aku nak share kebaikan susu yang tak semua orang tahu.., tak semua yer bukan kebanyakan orang..,
aku dapat idea nak share bende nih sebab ade sorang dua membe aku nih tanye soklan yang same.., soklan yang ditujukan berbunyi " wan kenapa kalau ko gi kiosk bawah tu mesti ko beli susu?".., aku beli of course lah untuk minum bagi menghilangkan rase dahage.., bese aku beli milo.., tapi kiosk bawah ni kadang2 jer ade milo.., so aku selalu beli susu dutch lady berbanding air kotak yang berperisa buah-buahan.., disebalik menghilangkan dahage sebenarnye susu nih banyak kebaikannye.., especially untuk tulang yang kuat.., hehe



petikan berikutnye adelah mengenai kebaikan yang didapati dalam susu:


2 komponen nutrisi yang penting untuk membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda adalah kalsium dan vitamin D yang boleh didapati terutamanya dari produk tenusu. Pada setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga remaja, kalsium merupakan nutrien yang wajib diambil oleh setiap kanak-kanak. Ketika usia kanak-kanak dan remaja, tubuh akan menggunakan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

Dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut, tulang berfungsi menyokong tubuh dan membantu dalam proses pembentukan tubuh kita. Kekurangan vitamin D yang berfungsi sebagai penyerap kalsium mendedahkan kanak-kanak kecil dan bayi kepada penyakit riket. Penyakit riket juga dikenali sebagai penyakit tulang lembut yang menyerang bahagian tulang dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok, tumbesaran terbantut dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit pada otot badan serta badan menjadi lemah.
Satu lagi penyakit yang selalunya menyerang kebanyakan wanita berusia adalah penyakit Osteoporosis. Penyakit ini menyebabkan tisu tulang menjadi rapuh, nipis dan anjal. Tulang mudah patah dan tulang belakang mula hancur dan jatuh. Ini diakibatkan oleh kurang pengambilan kalsium ketika usia muda. Walaupun Osteoporosis selalunya menyerang mereka yang berusia, namun begitu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tabiat makan yang buruk dan kurang pengambilan kalsium juga sangat terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit ini. Kajian oleh pakar menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan tulang secara menyeluruh dan mampu mengurangkan kadar kegagalan fungsi tulang disebabkan oleh peningkatan usia.

Beri galakan dan motivasi kepada anak-anak anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman yang amat penting untuk kesihatan tulang. Dengan hanya membawa anak-anak anda pergi berjalan-jalan atau berjoging sudah cukup untuk membantu mereka membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Jangan biarkan anak-anak duduk sahaja di rumah sambil bermain permainan komputer atau aktiviti pasif kerana ia mampu membuatkan tulang mereka menjadi lemah.

Paling penting, anak-anak anda yang berusia di antara 1 dan 2 tahun harus diberikan susu penuh kerana kandungan diet lemaknya sangat diperlukan oleh mereka untuk membantu perkembangan fizikal dan mental yang normal. Susu penuh dihasilkan daripada 100% susu lembu asli dan diperkaya dengan pelbagai jenis nutrien yang sangat penting untuk perkembangan anak-anak anda.
NUGROW mengandungi susu penuh yang menjanjikan segala kebaikan bukan sahaja untuk perkembangan mental anak-anak anda malahan juga untuk perkembangan fizikal mereka. Diperkaya dengan kandungan kalsium yang tinggi dan vitamin D, ia mampu membantu membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda dan melindungi mereka daripada risiko tulang rapuh. Berikan anak-anak anda nutrient yang amat berharga daripada NUGROW dan biarkan mereka bergerak aktif tanpa perlu risau lagi.

Apabila anak-anak mendapat sumber kalsium yang mencukupi dan juga aktif dalam aktiviti fizikal semasa usia kanak-kanak dan remaja, mereka akan mampu memulakan alam dewasa mereka dengan tulang yang kuat dan sihat...,


bukan ini sahaja.., kebaikan susu ni juga tidak akan hilang sekiranye anda mengekalkan kebaikannye dengan care yang disarankan.., ini kerana setiap jenis susu berbeza cara untuk mengekalkan kebaikannye


Mengekalkan kebaikan susu:
Susu UHT (Suhu Ultra Tinggi) 
Susu Suhu Ultra Tinggi telah melalui rawatan pada suhu tidak kurang dari 135°C untuk sekurang-kurangnya dua saat, dan kemudiannya dipek secara aseptik dalam pek yang steril. Sekiranya tidak dibuka, ia boleh disimpan dalam suhu bilik selama 10 bulan.

Susu Steril 
Susu steril telah dipanaskan pada suhu tidak kurang dari 100°C untuk jangka masa tertentu dan proses tersebut adalah cukup untuk membasmi mikroorganisma yang berbahaya. Ia kemudiannya dipek dalam bekas kedap udara. Botol yang tidak dibuka boleh disimpan selama 8 bulan dalam suhu bilik. 

Susu Pasteur 
Susu Pasteur telah dipanaskan pada suhu tidak kurang dari 73°C selama 15 saat, kemudiannya terus dikurangkan suhunya kepada 4°C atau lebih rendah dan dikekalkan pada suhu tersebut sehinggalah digunakan. Jika disimpan sejuk dengan sesuai pada suhu antara 0-4°C, susu tersebut boleh disimpan selama 4 minggu.

Dua jenis susu dapat diperolehi di pasar raya: Segar dan Campur Semula (Recombined).

"Susu Segar" adalah susu mentah yang dirawat dan dibungkus terus manakala "Susu Campur Semula" dibuat dari unsur susu yang digabung dengan air atau susu, atau kedua-duanya. Kedua-dua Susu Segar dan Susu Campur Semula boleh diperolehi daripada Dutch Lady.

Petua untuk membantu memastikan bekalan susu keluarga anda selamat digunakan:
  • Sentiasa periksa tarikh luput sebelum membeli atau menggunakan produk susu
  • Gunakan susu sebaik-baik sahaja disediakan. Jangan tinggalkannya terdedah pada habuk dan kerosakan
  • Simpan susu tepung di tempat yang kering dan dingin
  • Pastikan peti sejuk anda dilaraskan pada suhu yang tepat untuk menyimpan paket susu cair yang telah dibuka
  • Pastikan produk Susu Pasteur merupakan barangan terakhir yang dibeli dalam senarai pembelian anda