Wednesday, March 16, 2011

drama yang berbaloi untuk ditonton : cinta Sempurna

Assalamualikum semua..,

aku sebenarnye bukan lelaki yang suka tengok drama melayu atau indon nih.., tapi aku tak taw macamne aku boleh tertarik ngan satu cerita nih.., cerita nih ditayangkan di astro oasis setiap isnin hingga khamis pada pukul 3 petang dengan ulangan jam 6.30 petang. drama bersiri Cinta Sempurna lakonan Ashraf Muslim, Fizo Omar dan beberapa artis tempatan memang sangat berbaloi untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

ikhsan google.
drama ni mengisahkan adik beradik shila dan najib yang sering mempersoalkan agama mereka.., mak mereka telah memanggil pelbagai ustaz untuk menjawab persoalan anak2 nye.., tetapi ustaz tersebut semuanye mengalah kerana tidak dapat menjawab soalan yang diajukan dan membuatkan mereka beranggapan bahawa golongan ustaz ni lebih kurang jer dan tidak mempunyai intelektual yang tinggi..

hingga pada suatu hari ibu mereka memanggil seorang ustaz muda yang merupakan pensyarah di upm atas tujuan yang sama.., ustaz nazir lakonan Ashraf muslim merupakan watak yang sangat tenang.., pada mulanya shila menyangka yang ustaz tersebut sama sahaja.., tetapi lama kelamaan langkah ustaz nazir untuk berdakwah kian menjadi.., sehingga shila sendiri yang menelefon ustaz yang diberi gelaran "the holy man" untuk berjumpa dengannye..,

sesungguhnye kisah ini sangat menarik dan berbaloi untuk ditonton.., semoga kita dapat mengubah pendirian kita terhadap Agama Allah yang suci dan kembali bersujud kepadanya..,

kalau korang nak tahu mengenai cerita nih.., korang tonton lah sendiri yer.., sekarang nih pelbagai alternatif yang ade untuk menonton.., sama ada menonton ulang tayang nye atau pon download jer.., tapi aku tak jumpa lagi link nak mendownload cerita bersiri nih..,

ok lah.., sekian sahaja dari aku.., oh yer.., jgn lupe klik sponsor aku yer.., hihi



Wassalamualaikum..,
selamat menonton..,