Thursday, April 28, 2011

semakan kemasukan matrikulasi bermula hari ini..

assalamualaikum dan selamat pagi semua.., 

hari ni mesti hari yang penuh debaran buat pemohon-pemohon matrikulasi di malaysia ni kan.., ye lah bermula hari ini sehingga 13 mei kan dah boleh semak status pemohonan sama ada berjaya atau tidak.., so cara-caranya ialah :


  1. semak di laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan. tak pon korang tekan je link shortcut nie
  2. semak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.
  3. semak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


begitulah antara tiga cara untuk pemohon semak status pemohonan korang.., semoga berjaya yer..,
kalau tak berjaya jangan takut mungkin belum masanya lagi..,

kalau dah dapat jangan tergesa-gesa fikir dulu kemana korang nak pergi dan apa korang nak jadi.., so sebelum pergi bungkus barang fikir masak2 dan ikhtiar dulu yer.., supaya korang tak menyesal di esok hari...,

dan kalau korang betul nak pergi.., pergilah dengan niat korang nak belajar kerana Allah.., dan study la sungguh2.., ingat.., keputusan SPM korang bukan segala-galanya..,

sekian saja..,