Wednesday, June 29, 2011

haram pulak....

assalamualaikum semua.., 


entri kali nih ade kaitannye jugak dengan entri tengahhari tadi.., dalam entri tengahhari tadi.., seorang remaja berpakaian BERSIH 2.0 telah dihalau dari masjid..,


kali ni t-shirt berkenaan telah diharamkan sendiri oleh HISHAMMUDDIN.., 


HARAM.., kenapa diharamkan.., sedangkan baju2 berunsur lucah, ganas serta menyidir agama islam tidak pula diharamkan.., oh ye dia kata haram sebab ade kaitan dengan perhimpunan HARAM bersih pada 9 julai ini.., dia kata lagi.., apa sahaj yang berkaitan dengan perhimpunan HARAM itu adalah HARAM.., 


nanti jap.., perhimpunan bersih tu haram.., kenapa pulak haram.., ape perhimpunan tu bakal lakukan.., berikut adalah senarai tuntutan bersih 2.0:


1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


kalau nak taw dengan lebih lanjut korang boleh klik link ini (tuntutan bersih 2.0


ok rasenya tiada satu pon antara tuntutan2 tersebut haram di sisi agama.., malah ianya lebih kepada KEADILAN.., bukankah agama islam mengajar penganutnya bersifat adil lagi saksama..,


ok kali ni kita pergi ape yang di maksudkan dengan istilah haram itu sendiri..,


Haram: adalah urusan yang dilarang Syari’at untuk melakukannya, larangan yang tegas, dimana pelanggaran larangan itu sungguh akan disiksa oleh Allah di akhirat, dan terkena juga akibat syari’at di dunia. (Kitab Al Halaalu wal Haraamu fil Islam).(sumber)


Larangan yang bersifat mutlak yaitu Al Haraamu dan An Nahyu . Istilah haram (حرام ) dalam Al Quran adalah istilah yang dikeluaran Allah SWT yang merupakan hak mutlak Allah SWT untuk mengharamkan atau menghalalkan sesuatu atas mahluknya sehingga Nabi SAW sendiri tidak menggunakan istilah itu untuk melarang suatu hal yang tidak ada larangan dalam Al Quran. Untuk melarang dari suatu urusan Nabi SAW menggunakan istilah nahaa (نهى ).


sedangkan dekat penjelasan diatas pon nabi SAW sendiri tidak pernah menggunakan istilah haram.., ini kan pula pemimpin yang kita sanjungi..,


kebiasaannya perkara itu diharamkan kerana ada mudaratnya ke atas diri sendiri atau agama.., tetapi aku tak nampak pulak pakai baju t bersih tu ade mudarat kat diri sendiri serta agama.., hmm..,


so entri aku kali nih sangat panjang.., sekali lagi aku ingatkan.., kita dah dikurniakan akal fikiran yang menjadikan kita ni makhluk ciptaan-Nya yang terbaik sehingga ditugaskan menjadi kalifah di muka bumi-Nya.., oleh itu gunalah akal korang semua sebaiknya..,


sekian dari aku.., wassalamualaikum..