Wednesday, July 20, 2011

sungai congkak...

assalamualaikum semua.., entri kali ni sebenarnye lambat di masukkan.., sebabnye aku nak buat entri ni time ahad hari tu.., tapi disebabkan kepenatan dan terlupa.., terpaksalah dipostpone..,

actually pada 15-17 july yang lepas aku serta budak2 peers pergi motivational camp di sungai congkak.., kat langat kalau tak silap aku.., disertai oleh 80 org peers yang lame dan yang baru.., kali ni jugak aku join sebagai peserta dan komiti.., bukan sebagai peserta sahaja..,

alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari hari jumaat hingga ahad tu.., hari jumaat tu.., sampai jer terus berkumpul, tea break, asar, dinner, self preparation dan malamnye ade ice breaking.., memang best lah aktiviti ice breaking tue.., malam tu komiti ade wat emergency meeting untuk aktiviti backup kalau keadaan esok tidak mengizinkan

hari sabtu pulak dimulakan dengan qiamulail, self preparation, breakfast serta senaman ringan yang dikendalikan oleh aku sendiri.., best woo.., hehe.., then aktiviti yang paling dinanti-nanti iaitu jungle trekking..

inilah jungle trekking paling seronok dan paling mencabar pernah aku join.., so far memang best.., tak terkata lah bestnye.., lepas jungle trekking kami semua tiba di camp site.., sepatutnye petang tu ade abseling tapi terpaksa dibatalkan sebab keadaan tidak mengizinkan.., budak2 pon ramai yang dah tumbang..

malam tu lepas isyak ade beberapa games untuk isi mase diorang ketika menunggu bbq siap.., dan sekali lagi games tu dikendalikan oleh aku.., dalam keadaan gelap.., sebab lampu yang dipasang buat hal..,

lepas tu isi lah perut dengan santapan yang ditunggu.., pon masih dalam keadaan yang gelap.., lepas tu ade night walk.., ini merupakan aktiviti backup dari abseling yang dibatalkan.., mula2 semua macam seram, takut, gelisah dan segala bagai.., tapi lepas night walk tu semua gelak2.., haha.., ade jugak yang sesat.., tapi alhamdulillah selamat..,

hari ahad.., kitorang berjungle trekking lagi ke dorm hari jumaat.., bukan sahaja berjungle trekking tapi kami juga ade stream walk.., iaitu berjalan ke tempat destinasi melalui sungai.., besttttt tak terkata..,

then lepas lunch bersiap sedialah semuanya untuk kembali ke cfs terchinta.., aku ade lah jugak kene hinggap dengan pacat.., tiga ekor semuanya.., tapi yang berjaya menyedut darah ku cume 1.., haha

berikut ialah beberapa gambar dari sungai congkak tu

sebelum pulang ke cfs

kesan pacat.., hehe

style x??

syazwan trio (3 org ni namanye syazwan)


sekian dari aku.., thanks for reading my babbling..,