Monday, October 24, 2011

IPTIM : International Islamic College sekadar seri

tepat pukul 4.30 petang tadi telah pon bermula perlawanan bola sepak yang kedua di padang cfsiium,pj. perlawanan kedua melibatkan International Islamic College (IIC) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

IIC (biru) dan KUIN(kuning) sebelum sepak mula


perlawanan memang cukup sengit di antara kedua-dua pasukan. setiap pemain menunjukkan kehebatan masing-masing. namun keputusan pada separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

separuh masa kedua bermula selepas 10 minit masa rehat.., 6 minit selepas wisel ditiup, KUIN mendahului dengan skor 1-0 hasil hantaran dari seorang pemain kepada yang memberi jaringan.., permainan diteruskan dengan penuh debaran.., boleh dikatakan ball possession untuk kedua-dua pasukan sama saja peratusnya..,

namun, apabila KUIN hampir meraikan kemenangan pertama mereka, IIC pula menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan 4 minit sebelum masa tamat..,

dalam perlawanan kali ini sekali lagi 2 kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil, 1 untuk pemain IIC dan satu untuk pemain KUIN

sekian saja untuk kali ini..,

tunggu pula laporan untuk esok yer kengkawan..,

oh ye kalau korang nak baca buletin iptim boleh lah klik link BULETIN IPTIM ini..