Friday, October 28, 2011

IPTIM: CFSIIUM juara keseluruhan pesta sukan IPTIM 2011.

nampaknya pesta sukan IPTIM 2011 telah berakhir secara rasminya pada petang tadi.., pelbagai acara dipertandingkan dan disertai oleh ahli-ahli IPTIM (Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia). Untuk pesta sukan kali ini juga terdapat jemputan untuk Universiti Islam Yala dari Thailand. Universiti tersebut hanya menghantar wakil untuk acara olahraga dan futsal lelaki sahaja.







setelah kesemua acara dipertandingkan dan diakhiri dengan pertandingan bola sepak yang berlangsung pagi tadi, juara keseluruhan ditentukan melalui jumlah pingat yang dipungut oleh kontinjen.


CFSIIUM bukan sahaja berjaya menganjurkan Pesta Sukan IPTIM 2011 ini bahkan berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan setelah meraih 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa. pingat-pingat ini tidak termasuk dengan pingat-pingat yang diterima dalam acara olahraga pada hari pertama kejohanan dimulakan. pingat-pingat yang diterima adalah dalam acara berikut :




emas: bola sepak, ping-pong,bola tampar (L&W), bola jaring
perak:Badminton, futsal (L)
gangsa: Takraw, futsal (W)




dalam majlis penutup tadi juga telah mengumumkan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai tuan rumah Pesta Sukan IPTIM 2013.


jutaan tahniah kepada CFSIIUM Cougars atas kejayaan anda semua. dan tahniah juga kepada kontinjen-kontinjen lain yang menyertai kejohanan kali ini. dan terima kasih juga kepada rakan-rakan volunteer yang saling membantu antara satu-sama lain dalam kejohanan kali ini.


di kesempatan ini saya Syazwan Zainudin volunteer untuk permainan bola sepak ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima saya menjadi volunteer dan mengajar saya, jutaan maaf dipohon kepada kesemua rakan volunteer tidak kira unit apa anda berada sekiranya saya ada buat silap secara realiti mahupun secara maya.


moga dengan pesta sukan IPTIM ini hubangan kita semakin erat dan tidak akan terputus