Tuesday, October 25, 2011

IPTIM : KUIS bangkit dari kekecewaan

tepat jam 8.30 pagi tadi telah pun bermula sepak mula perlawanan bola sepak yang ketiga. perlawanan diantara Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mengambil tempat di padang bola sepak Universiti Malaya.


sesi bersalaman - KUIS (kuning) vs KIAS (merah)




perlawanan ini merupakan perlawanan kedua bagi pasukan KUIS dan perlawanan pertama bagi pasukan KIAS. Perlawanan ini juga agak sengit kerana KUIS telah kecewa dalam perlawanan pertama mereka ketika menentang CFSIIUM dan mahu bangkit bagi memperoleh mata untuk terus bersaing.


serangan demi serangan dilakukan di separuh masa pertama namun tiada sebarang gol dihasilkan. separuh masa kedua nampak lebih menarik setelah beberapa pertukaran permain dilakukan. satu percubaan gol telah dilakukan oleh pemain KUIS sekitar minit ke-50 lebih melalui sepakan percuma. namun sepakan beliau menyinggah di palang gol KIAS.


serangan terus dilakukan, namun atas kesilapan pemain KIAS, pasukan KUIS telah menerima sepakan penalti pada minit ke-75. pemain yang memakai jersi nombor 4 tidak mensia-siakan sepakan penalti yang diterima dan memperoleh gol kemenangan.


permainan berakhir dengan skor 1-0 dan KUIS memperoleh 3 mata bersih. dalam perlawanan ini sekali lagi kita melihat pengadil telah melayangkan dua kad kuning - satu untuk KIAS dan satu lagi untuk KUIS.


sepanjang tiga perlawanan yang telah berlangsung 4 gol telah dihasilkan namun penjaring terpantas masih milik pemain CFSIIUM yang menyarung jersi nombor 9 kerana telah menjaringkan gol pada minit ke 27 dalam perlawanan mereka semalam..


petang ini akan berlangsung perlawanan antara CFSIIUM dan IIC juga bertempat di padang UM


berikut ialah kedudukan terkini acara bola sepak:
click to enlarge if you cant see this image










sekali lagi anda bolehlah klik link BULETIN IPTIM 2011 untuk mendapatkan buletin IPTIM