Tuesday, October 25, 2011

IPTIM : Cougars tunjuk taring mereka

tepat jam 3 tadi sepak mula perlawanan keempat telah pun bermula di padang Universiti Malaya menyaksikan CFSIIUM menentang IIC (International Islamic College)


sesi bersalaman

CFSIIUM COUGARS RAWR!!!

International Islamic College, IIC




perlawanan yang sangat menarik, tetapi tuah menyebelahi cougars dengan kemenangan bergaya mereka keatas IIC dengan skor 8-0. ya itulah yang anda lihat. sekali lagi CFSIIUM telah berjaya membenamkan musuh mereka dengan kemenangan yang cukup bergaya.


pada penghujung separuh masa pertama CFSIIUM telah mendahului dengan 4-0 hasil jaringan Afifuddin Adnan (8) seawal minit ke -2 perlawanan. selang sebelas minit kemudian menyaksikan rakan sepasukan iaitu Muhamad Faris (9) meraikan jaringannya pada minit ke-13. pada minit ke-25 sekali lagi cougars meraikan gol yang dijaringkan Ahmad Baihaqi (14). 7 minit sebelum wisel rehat ditiup sekali lagi Ahmad Baihaqi (14) menjaringkan golnya..,


babak kedua bermula dan sekali lagi Afifuddin Adnan (8) membuat jaringan 3 minit selepas wisel babak kedua ditiup. kemudian Ahmad Baihaqi (14) mula mendapat perhatian setelah berjaya menjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke-46 dan minit ke-52. jaringan terakhir pula telah dihasilkan oleh Mubyn Afiq (18) pada minit ke 61..


perlawanan yang menarik dan CFSIIUM cuba bermain dengan bersih namun IIC bermain dengan penuh aggresif setelah 6 kad kuning dan 2 kad merah telah dilayangkan untuk mereka. cougars hanya menerima 1 layangan kad kuning hasil perlawanan tadi.


setakat ini gol terpantas telah dimiliki oleh Afifuuddin Adnan (8) setelah menjaringkan gol seawal 2 minit perlawanan. Ahmad Baihaqi telah mengungguli pemain lain sebagai penjaring terbanyak dengan 4 gol


berikut ialah kedudukan terikini selepas perlawanan tadi


klik kalau tak nampak