Wednesday, October 26, 2011

IPTIM : KUIS mengekalkan prestasi manakala KUIN sekadar seri

jam 8.30 pagi tadi telah berlangsungnya dua perlawanan bola sepak IPTIM di padang UM dan juga padang CFSIIUM.

bertempat di padang CFSIIUM, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah bertemu dengan Kolej Islam Antarabangsa Sulatan Ismail Petra (KIAS). perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri 1-1. gol pertama diraikan oleh KUIN melalui pemain bernombor 9 mereka pada minit ke 23. KIAS pula berjaya membolosi gol pihak lawan 4 minit sebelum wisel penamat ditiup. 

KUIN (merah) vs KIAS (kelabu)


dalam perlawanan ini sebanyak 3 kad kuning dilayangkan, 2 untuk KUIN dan 1 untuk KIAS.

bertempat di padang UM pula Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bertemu dengan International Islamic College (IIC). perlawanan yang agak menarik dan cantik telah dimainkan oleh pemain2 dari kedua-dua pasukan. 

IIC

KUIS

sebelum perlawanan bermula


separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan namun 1 minit selepas bermulanya separuh masa kedua KUIS telah meraikan jaringan mereka melalui sepakan  Muhd Asyraf (14). namun moral pasukan IIC masih tidak kurang kerana mereka masih mengekalkan momentum mereka dari segi bertahan. namun 6 minit sebelum wisel penamat ditiup, Zulkifli Abdul Halim (6) dari KUIN berjaya menjaringkan gol untuk KUIN. lebih menarik gol tersebut dihasilkan beliau dengan larian solo dari tengah padang.

dalam perlawanan ini 5 kad kuning dilayang pengadil - 2 untuk KUIN dan 1 untuk IIC

berikut ialah kedudukan terkini selepas perlawanan pagi tadi
klik kalau x nampak
sekian saja dari saya =)