Thursday, October 27, 2011

IPTIM : CFSIIUM terus garang

perlawanan bola sepak untuk pesta sukan IPTIM yang ke 7 telah pun berlangsung pagi tadi di padang UM dimana CFSIIUM menentang Koluj Universiti Insaniah (KUIN)

sebelum sepak mula

CFSIIUM COUGARS

Kolej Universiti Insaniah (KUIN)


KUIN perlukan kemenengan setelah seri dalam 2 perlawanan terdahalu mereka. separuh masa pertama agak sengit, namun setelah beberapa percubaan dari kedua pasukan nampaknya Cougars berjaya membolosi gawang KUIN menerusi tandukan Muhamad Faris (9) pada minit ke-23. akan tetapi kegembiraan tersebut tidak tahan lama kerana KUIN berjaya menyamakan kedudukan mereka selang 2 minit kemudian melalui Nur Qusyairi (9).
separuh masa pertama berakhir dengan skor 1-1.

separuh masa kedua bermula setelah rehat 10 minit. cubaan demi cubaan diterima oleh penjaga gol kedua-dua pasukan. namun CFSIIUM berjaya mendahului setelah Wan Mohd Shahmi menjaringkan gol setelah menerima peluang untuk menjaring pada minit ke-73.

selang 4 minit kemudian sekali lagi gawang KUIN dibolosi Cougars dengan jaringan Ahmad Baihaqi (14). dengan jaringan tersebut beliau telah disenaraikan sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah 5 gol. perlawanan ini dikategorikan sebagai perlawanan yang kurang aggresif kerana hanya satu kad kuning dilayang oleh pengadil untuk pemain KUIN.

berikut ialah kedudukan terkini bola sepak.
klik untuk dibesarkan

petang ini perlawanan antara IIC dan KIAS akan berlangsung juga di Padang UM pada pukul 3 petang.