Thursday, October 27, 2011

IPTIM : KIAS peroleh kemenangan pertama

bertempat di padang UM perlawanan ke-8 bola sepak IPTIM telah berlangsung pada pukul 3 petang. perlawanan yang dijadualkan ialah Kolej Islam Antarabangsa Sulatan Ismail Petra (KIAS) bertemu International Islamic College (IIC)
International Islamic College (IIC)

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

sebelum sepak mula


prestasi IIC kian hambar selepas dua kekalahan berturut-turut apabila gawang mereka berjaya dibolosi oleh pemain nombor lapan (8) KIAS menerusi sepakan percuma pada minit ke-5. sekali lagi pemain yang sama mencipta nama beliau apabila berjaya menjaringkan gol dengan rembatan jarak jauh pada minit ke-23 seklaigus meletakkan KIAS dihadapan IIC dengan skor 2-0


separuh masa kedua dimulakan selepas 10 minit waktu rehat. perlawanan tetap diteruskan oleh pengadil walaupun hujan renyai-renyai mula turun dengan lebat. namun hujan turun hanya sekejap dan perlawanan masih diteruskan.


kontroversi mula tercetus apabila seorang pemain IIC dilayangkan kad merah pada minit ke 75 dan pengadil menyifatkan pemain-pemain dari IIC dengan perkataan "kurang ajar". pada minit ke 76 KIAS dianugerahkan sepakan percuma. namun atas sikap seorang pemain IIC, beliau dilayang kad kuning oleh pengadil walaupun beliau tidak layak menerima kad tersebut. atas rasa ketidakpuashatian kapten IIC, beliau memanggil kesemua rakan pasukannya untuk keluar dari padang sebagai tanda protes.


berikut ialah jadual kedudukan selepas perlawanan ke-8 tadi.






esok akan berlangsung perlawanan ke-9 dan ke-10 pukul 8.30 pagi secara serentak. perlawanan ke-9 merupakan perlawanan antara Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menentang Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) mengambil tempat di padang UM. Manakala perlawanan ke-10 merupakan perlawanan antara CFSIIUM menentang Kolej Islam Antabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang berlangsung di padang CFSIIUM.